Wednesday, February 17, 2010

URL Jurnal

Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif

http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN

Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif

Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.

Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkimi 3 polisis utama:

i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai suatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.

ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut dan sebagai sesuatu subjek tersendiri

iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.

3 comments:

  1. Internet yang sudah sekian lama bermula pada tahuan 1969 lagi telah melebarkan jaring penggunaannya hampir di seluruh dunia. Penggunaannya tidaklah terhad kepada sesuatu bidang sahaja.Begitu juga dalam ilmu pendidikan. Penggunaanya tidaklah harus diabaikan.
    Penggunaan internet dalam pendidikan banyak memberi kemudahan kepada pelajar dan guru seperti perbincangan antara pelajar dan guru melalui laman 'chatting' atau 'conference'. Dengan menggunakan ict juga, pelajar dan guru akan cuba memepelajari kemahiran demi kemahiran yang baru. Selain itu, pembelajaran kognitif juga dapat dipupuk di kalangan pelajar.Secara tidak langsung,Kawalan penggunaan internet juga dapat dikawal dikalangan pelajar melalui pemantauan guru. Penumpuan proses pembelajaran pelajar juga amatlah baik dan menyeronokkan. Pelajar tidak akan merasa mudah bosan dan akan tertunggu-tunggu masa pembelajaran mereka.
    Oleh itu, penggunaan ict dalam pendidikan tidaklah harus dipandang ringan. Jika dilihat di barat, pengunaan ict sudah lama bermula seawal tahuan 1960-an lagi. Jika kemahiran ini dapat diaplikasikan dengan baik, mutu pendidikan di negara kita juga dapat ditingkatkan lagi.

    ReplyDelete
  2. Peranan Ict dalam pendidikan adalah suatu fenomena baru dalam perkembangan dunia pendidikan sedunia. ICT dengan variasi aplikasi yang ada dan mudah dicapai telah menjadi Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang baru dalam menjana pemindahan maklumat kepada pelajar. Selain itu, kepelbagaian tools yang muncul pada era ini memberikan suatu gambaran perubahan pola aktiviti pengajaran para pendidik yang sentiasa akan berusaha untuk memenuhi setiap objektif dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas.
    Selain itu, guru-guru peringkat generasi baru ini agak berbeza dengan generasi guru-guru lama di mana mereka telah sedia terdedah dengan penggunaan ICT yang optima semasa proses pembelajaran merka di IPTA. Pendedahan dan kemahiran menggunakan bahan ICT tersebut memberi mereka sedikit kelebihan untuk digna pakai dalam kaedah dan strategi pedagogi serta pengajaran mereka di sekolah. Sokongan bahan ICT ini memberi alternatif kepada guru dalam menangani tahap pelajar yang berbeza tambahan untuk menyokong tahap kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligent) para pelajar. Sememangnya, peranan ICT sudah begitu maju di fasa negara-negara maju, cuma masih peringkat intermediate magi negara-negara membangun dan lainnya.

    ReplyDelete
  3. dunia semakin berubah .pendidik juga harus berperanan bagi merealisasikan hasrat kerajaan yang membina modal insan yang berkualiti .dan ict merupakan bbm barau untuk para pendidik.

    ReplyDelete