Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif
http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN
Teknologi Internet Dalam Pendidikan : Ciri, Penggunaan, Aplikasi Dan Multimedia Interaktif
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pelajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik.
Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM merangkimi 3 polisis utama:
i. ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai suatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah.
ii. Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah sebagai suatu alat pengajaran dan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada subjek tersebut dan sebagai sesuatu subjek tersendiri
iii. Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan.
Putera kami...
14 years ago